mcmc
Maklumat Setempat

Pertanian

 

Peladang Batu Kurau Dan Jihad Ekonomi…

 

 

 

Minggu lepas dato Noh Omar melancarkan hari ulang tahun Lembaga Pertubuhan Peladang. Saya tidak berminat untuk mengulas berkenaan hari ulang tahun tersebut. Saya hendak menceritakan perihal Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau.Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau yang terletak di depan sekolah Dato Kamaruddin dan di hadapan jalan hendak menuju ke Pusat Kesihatan Batu Kurau.(Tengok Sini Lokasi nya) Dato seri Raja Ahmad Zainuddin (adun Kubu Gajah ) adalah pengerusi yang ke- tujuh. Beliau masuk pada 14. 1. 1992.
Pump Minyak Shell di Batu Kurau adalah hak milik Peladang, selain daripada lesen kelas F yang selalu di pinjam oleh mereka tertentu untuk meraih tender buat padang futsal. Berita harian pada 25 nov 2005 mengeluarkan berita mengatakan bahawa peladang Batu Kurau akan menternak lembu daging pada tahun 2006 di atas tanah seluas 0.8 hectar di kampung Gudang.
Manakala Peladang Batu Kurau juga melaksanakan projek lain iaitu ladang durian seluas kira-kira 85 hektar di Bukit Cop Ijuk yang ditanam beberapa tahun lalu dan kini hampir mengeluarkan hasil. (baca sini) Bagi projek terbaru pula ialah ladang sawit secara komersial.
Datuk Seri Hj. Ir. Nizar sewaktu menjadi Menteri besar pernah menyampaikan hadiah Peladang Jaya Wanita,kepada Sharifah Abdul Rahman dari Batu Kurau.
Pejabat Peladang Batu Kurau menjual segala racun, baja dan alatan untuk tujuan pertanian. Sesuai dengan kedudukan geografi Batu Kurau yang muka bumi nya amat sesuai untuk aktiviti pertanian. Dulu orang kampung mengusahakan sawah padi, tapi kini sawah padi hanya dapat di lihat di kampung Gudang dan di batu 20 sahaja, itu pun di usahakan oleh syarikat tertentu.
 
 
SUMBER TABUAN BLOG