LAPORAN OGOS 2019- KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
|
Tarikh : 3 Ogos 2019 Masa : 3.00 petang – 5.00 petang Lokasi : NADI Pekan Batu Kurau Peserta : 3 orang
|
Tujuan
Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan program inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh NADI diseluruh Malaysia bagi mendidik dan membimbing komuniti untuk menggunakan internet dengan berhemah dan bijak. Hal ini demikian, program ini juga menitikberatkan 3 aspek penting dalam penggunaan internet secara positif iaitu keselamatan, kewaspadaan, dan tanggungjawab pengguna. Tujuan program ini diadakan di NADI Batu Kurau pada kali ini adalah bagi mendedahkan cara membendung masalah ‘Online Grooming’ dalam kalangan pelajar sekolah.
Aktiviti
Petugas menayangkan beberapa buah video KDB untuk memberikan kesedaran dalam kalangan pelajar. Selepas itu, setiap pelajar akan diberikan soalan untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang sedang dibincangkan.