|
Tarikh : 5 Julai 2019 Masa : 3.00 petang- 5.00 petang Lokasi : NADI Pekan Batu Kurau Peserta : 4 orang
|
Tujuan
Kelas ini dijalankan di NADI Batu Kurau dan disertai oleh empat orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar mahir menggunakan papan kekunci dan menaip dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.
Aktiviti
Pelajar diajar cara menggunakan papan kekunci dan menaip dengan betul. Selepas itu, setiap peserta perlu melayari laman web Typeracer untuk memulakan latihan menaip.