mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / KEUSAHAWANAN Q3 2019 (JULAI – SEPTEMBER)

FB-Page

USAHAWAN KECIL MEMBUAT DAN MENJUAL PELBAGAI JENIS ROTI DAN KEK

Nama Noraini Janah bt Muhammad Isa
Umur : 39 tahun
Ahli : 2018

Latar belakang

Puan Noraini Janah menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis roti dan kek serta menjadi agen kepada produk Al Fateh Junior. Puan Noraini telah mula menjalankan bisnes ini sejak dari tahun 2017. Beliau mengikuti kursus membuat roti pada hujung tahun 2016.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan medium media sosial untuk mengembangkan bisnes beliau. Beliau juga tidak tahu cara untuk mengedit gambar dengan menggunakan aplikasi yang terkini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT, Puan Noraini boleh menggunakan whatsapp untuk promosikan bisnes roti beliau. Beliau membuat iklan di dalam group-group whatsapp dan sedang mula berjinak-jinak untuk menggunakan Facebook Page.

IMG-20191001-WA0013