mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / KEUSAHAWANAN Q2 2019 (APRIL – JUN)

FB-Page

USAHAWAN KECIL KATERING

Nama Suriani bt Mohamad Mubarak
Umur : 44 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Puan Suriani menjalankan perniagaan katering majlis, mengambil tempahan untuk kuih-muih, biskut, roti john mini dan sebagainya. Beliau juga mengendalikan majlis infak/Sedekah untuk pelajar tahfiz/ Yatim di Kawasan Batu Kurau. Puan Suriani telah mula menjalankan bisnes ini sejak dari tahun 2015 ketika beliau menetap di Ipoh. Beliau mula berpindah ke sini pada awal tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak pandai menggunakan medium media sosial untuk mengembangkan bisnes beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penggunaan ICT, Puan Suriani boleh menggunakan whatsapp untuk promosikan bisnes masakan beliau. Beliau membuat iklan di dalam group-group whatsapp dan sedang mula berjinak-jinak untuk menggunakan medium Instagram.

IMG-20190615-WA0007

kelas-memasak