BELAJAR MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE
| Nama | : Shahira Bt Asharudin |
| Umur | : 37 tahun |
| Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Shahira Bt Asharudin merupakan Guru Besar SRAR Kampung Changkat Perah, Batu Kurau. Beliau adalah salah seorang pengunjung yang sering mengunjungi NADI Batu Kurau untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di sini. Beliau menjadi ahli NADI sejak 2018 dan dari sejak itu beliau akan mengunjungi NADI untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada beliau. Beliau sangat komited untuk mempelajari perkara yang baru dan sering kali menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh NADI Batu Kurau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum mengenali NADI, beliau tidak mahir menaip dan beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft Office untuk menyiapkan tugasan beliau. Selain itu, jika beliau ingin fotostat dokumen, beliau perlu ke kedai fotostat atau cybercafé yang mengenakan bayaran yang mahal bagi setiap perkhidmatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan NADI, Ustazah Shahira menjadi pengunjung setia NADI. Beliau telah mahir menggunakan Microsoft Word dan Excel yang memudahkan lagi kerja beliau. Beliau juga kerap menggunakan perkhidmatan fotostat dan pencetakan di NADI kerana harga yang ditawarkan adalah murah berbanding kedai fotostat dan cybercafé yang lain.

