mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q2 2020 (APRIL- JUN)

syasya

BELAJAR ASAS MENAIP DAN MICROSOFT OFFICE

Nama Nur Syasya Qasryna bt Habil
Umur : 11 tahun
Ahli : 2019

Latar belakang

Nur Syasya Qasryna bt Habil merupakan murid darjah 5 Sek Keb Batu Kurau, Batu Kurau. Beliau adalah murid yang sangat tekun dan rajin untuk mempelajari komputer. Beliau menjadi ahli NADI sejak 2019 dan dari sejak itu beliau akan mengunjungi NADI untuk belajar. Beliau sangat komited untuk mempelajari perkara yang baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum mengenali NADI, beliau tidak mahir menaip dan beliau juga tidak tahu menggunakan Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan NADI, adik Syasya sudah pandai menggunakan tetikus, membuka aplikasi untuk pembelajaran, menaip menggunakan keyboard dengan lancar. Petugas PIM juga membimbing beliau untuk mempelajari Microsoft Word dan mempelajari aplikasi yang ada di laman web. Keberhasilan beliau mempelajari komputer di NADI telah menarik minat ahli keluarga beliau untuk mengikuti kursus komputer serta menjadi ahli dan pengunjung tetap di NADI Batu Kurau.

syasya2