mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN / CELIK IT Q3 2018 (JULAI – SEPTEMBER)

amin

PERKHIDMATAN DAN PEMBELAJARAN ICT

Nama : Muhammad Amirul Amin B Ahmad Zaini
Umur : 14 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Amirul Amin adalah pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Agama Syubaniyah dan merupakan salah seorang ahli yang aktif di Pusat Internet Pekan Batu Kurau. Beliau selalu mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas pada setiap hujung minggu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum kewujudan NADI Batu Kurau, beliau sering membuang masa ke cybercafé yang berhampiran untuk melayan permainan game atau menonton video di Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menjadi ahli di NADI Batu Kurau, beliau telah memanfaatkan kemudahan yang ada di NADI dengan mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan. Selain itu, beliau sudah mahir menggunakan powerpoint untuk membuat pembentangan di sekolah. Pada bulan Ogos 2018, beliau telah mendapat bimbingan daripada pihak NADI Batu Kurau untuk menghasilkan sebuah video tokoh kemerdekaan bersempena Hari Kemerdekaan dengan menggunakan Powtoon. Beliau telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan tersebut.

amin2