LAPORAN JUN 2020- JIGSAW PLANET
|
Tarikh : 9 Jun 2020 Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang Lokasi :NADI Pekan Batu Kurau Peserta : 7 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih para peserta untuk menyelesaikan masalah di samping mengembangkan minda dan kemampuan mereka berfikir. Selain itu, puzzle juga dapat menguatkan ingatan kanak-kanak serta mampu melatih diri bersabar dalam menyelesaikan setiap masalah.
Aktiviti
Para pelajar membuka laman web jigsaw planet dan menyusun gambar E-Sisa yang telah disediakan oleh petugas. Mereka perlu menyusun gambar berkenaan dalam masa yang ditetapkan.