USAHAWAN KECIL GAJET PENJIMAT MINYAK KERETA
| Nama | : Iswani Binti Ismail |
| Umur | : 27 tahun |
| Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Cik Iswani yang berumur 27 tahun telah memulakan bisnes online lebih kurang 3 tahun. Beliau telah menjual pelbagai jenis produk dan kini fokus untuk menjual produk MPR Fuel Saver.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan NADI, beliau kurang mahir untuk mempromosikan produk beliau di dalam medium online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas mengikuti program e-Usahawan yang dijalankan di NADI Batu Kurau, beliau kini semakin jelas dan faham cara untuk mempromosikan menggunakan teknik yang lebih baru dan terkini. Di NADI, beliau mempelajari cara menggunakan canva.com untuk mengedit poster bagi produk dan belajar cara untuk menaikkan like di Page beliau.

